PELAWAT KEHORMAT

Tuesday, May 11, 2010

Menjawab Dakwaan Ustaz Al-Ghari

Hukum Gerak Jari Dlm Solat berdasarkan 4 Mazhab,padat dgn hadis-hadis sahih bg menolak hujjah al-Baani al-Wahhabiy yg menggalakkan gerak jari secara berterusan ketika tahiyyat..

Alhamdulillah , segala puji di rafa'kan kepada Allah swt kerana dengan limpahan kurnianya telah memberi saya kesempatan untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang ada . Selawat dan salam ke atas junjungan Mulia kita Muhammad saw yang mana dengan keteguhan iman dan kekerasan hatinya telah merobak rabikkan tentera-tentera kesesatan sekaligus membentangkan jalan kebenaran kepada kita tanpa perlu kita menokok tambah atas kesempurnaan Agama ini.

Mungkin saudara saudari menyangka bahawa tujuan saya memaparkan gambar buku dan keratan di atas adalah untuk mempromosikan buku tersebut . Tetapi sangkaan itu sebaliknya ,saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menghurai serba sedikit kekeliruan yang timbul atau yang sengaja di timbulkan oleh sesetengah individu . Untuk makluman saudara saudari , gambar dan keratan di atas saya perolehi atau saya kutip daripda laman/blogspot seorang tokoh ilmuan/agamawan di tanahair kita Malaysia ( kononnya ) . Laman tersebut di beri nama AQIDATUL TANZIH . sila klik di sini : http://al-ghari.blogspot.com/

Seperti yang kita sedia maklum , bahawa tuan empunya blog di atas seorang yang giat dalam dakwah . Saya raikan perbuatan itu dan ucapkan Jazakallahu khair kepada beliau. Beliau agak popular di kalangan masyarakat Malaysia , hatta jika kita lihat video ceramah-ceramah beliau tersebar di merata tempat dan tidak ketinggalan di laman You Tube juga terdapat video kuliah-kuliah beliau. Syabas saya ucapkan. Dengan penyebaran video-video tersebut , saya mengambil peluang dan tidak ketinggalan menontonnya..

Sepanjang pengikutan atau penglibatan saya terhadap tokoh ini , saya melihat bahawa terkadang hujjah-hujjah yang terkeluar dari mulut beliau tidaklah ilmiah seperti yang beliau sendiri gembar gemburkan , tetapi lebih kepada mengikut perasaan/emosi dan fanatik kepada pegangan yang ia miliki dan pegangi..

Saya tidaklah membeli atau membaca buku yang baru di keluarkan oleh beliau..tetapi saya mengambil keputusan untuk menulis artikel ini berdasarkan satu video kuliah beliau yang saya tonton di laman You Tube bertajuk Demo Solat Wahabiy ( sila rujuk kembali ). Di dalam video tersebut beliau ada mengatakan bahawa hukum menggerak jari ketika Tasyahhud adalah rekaan Syeikh Nasiruddin Al-Baani semata-mata dan tidak terdapat pada A'immah Al-Arbaah ( Imam 4 Mazhab ).

Suka untuk saya bertanya kepada beliau , Adakah beliau sudah membaca dan menilai buku Sifat Solat Nabi karangan Al-Baani terlebih dahulu sebelum mengeluarkan pendapat beliau kepada masyarakat atau orang-orang kampung yang hanya mampu mendengar dan terus bertaqlid terhadap sebarang hujjah yang di keluarkan oleh orang yang berstatus Ustaz ??? Alhamdulillah saya sudahpun selesai mempelajari kitab Sifat Solat Nabi karangan Al-Baani ini 3 tahun lalu. Pada penilaian saya , Syeikh Al-Baani bukan ingin mewujudkan Mazhab baru atau mengeluarkan pendapatnya sendiri , malah Syeikh Al-Baani menghuraikan setiap dalil-dalil daripada imam-imam Mazhab itu sendiri di dalam karangannya.

Pada permulaan buku Sifat Solat Nabi Al-Baani , Syeikh ada menyenaraikan beberapa kata-kata daripada 4 Imam Mazhab yang menyeru kepada kita supaya tidak berTaqlid ( membabi buta dalam mengambil pendapat ) terhadap pendapat-pendapat mereka yang bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah seperti yang di sebutkan oleh Imam As-Syafie :

" Setiap orang harus bermazhab kepada Rasulullah saw dan mengikutinya. Adapun pendapat yang aku katakana atau sesuatu yang aku katakana itu berasal dari Rasulullah saw tetapi ternyata berlawanan dengan pendapatku , apa yang di sabdakan oleh Rasulullah saw itulah yang menjadi pendapatku " (seperti tersebut dalam Kitab Tarikh Damsyik )

" Bila kalian menemukan dalam kitabku sesuatu yang berlainan dengan Hadis Rasulullah saw , peganglah Hadis Rasulullah saw itu dan tinggalkanlah pendapatku itu " (harawi dlm Kitab Dzamm Al-Kalam , Nawawi dlm Kitab Majmu' )

" Bila sesuatu Hadis itu Soheh maka itulah Mazhabku " ( nawawi dlm Kitab Majmu' )

Jelas di sini menunjukkan Syeikh Al-Baani bersikap jujur dalam setiap perkara seperti yang terdapat dalam buku beliau. Beliau menghuraikan pendapat-pendapat yang paling Soheh di mata atau penilaian beliau dan dengan berkat kejujurannya itu Allah mengangkat beliau dan buku beliau di guna pakai sehingga ke hari ini..

Berbalik kepada buku Hukum Menggerakkan Jari Ketika Tasyahhud , kononnya buku ini untuk meng " Raadd " atau membalas secara ilmiah buku karangan Syeikh Al-Baani . Juga Video yang bertajuk Demo Solat Wahabiy yang mana isi di dalamnya menggambarkan kepada masyarakat bahawa menggerakkan jari ketika tasyahhud adalah suatu perkara yang tidak berasas malah tidak terdapat dalam 4 Mazhab..Adakah tuduhan ini benar ??

Saya akan buktikan di sini bahawa tuduhan tokoh ini sebenarnya tidak berasas dan hanya mengikut perasaan / emosi semata-mata.

1 . Beliau mengatakan bahawa menggerakkan jari secara berterusan ketika tasyahhud tidak terdapat pada mana-mana diantara 4 Mazhab.

Jawapan :

Sila rujuk buku Sifat Solat Nabi karangan Al-Baani ( cetakan Maktabah Al-Ma'arif m/s 137 bab Menggerakkan Jari Telunjuk Ketika Tasyahhud ) pengarang ada menyenaraikan beberapa Hadis , antaranya :

" Nabi menggerak-gerakkan jari telunjuknya sambil membaca doa " ( HR.Abu Daud , Nasaie )

Lihat pada nota kaki tertulis :

" Hadis ini menunjukkan bahawa menurut sunnah menggerakkan jari telunjuk itu berlangsung sampailah ke salam . Ini adalah pendapat Malik dan lain-lain . Imam Ahmad ditanya : Apakah seseorang ketika solat menggerak-gerakkan jarinya ? Jawabnya : Ya , Syadidan/dengan kesungguhan ( riwayat ini di sebut oleh Ibnu Hani' dalam Kitab Masa'il dari Imam Ahmad halaman 80 )"

" Menggerakkan jari telunjuk ketika dalam tasyahhud merupakan perbuatan yang sah dari Nabi saw , di lakukan oleh Imam Ahmad dan Imam-imam ahli Hadis yang lain."

Ulasan :

Dapat kita katakana di sini bahawa hukum menggerakkan jari pada tasyahhud merupakan pendapat Mazhab Imam Ahmad bukan rekaan semata-mata dari Syeikh Al-Baani.

Imam Ahmad juga merupakan Imam Mazhab , jadi tidak layak untuk kita menghina pendapat beliau kerana beliau berhujjah berdasarkan Nas yang soheh pada penilaian beliau.

2 . Di dalam Video Demo Solat Wahabiy , Ustaz tersebut ada mengatakan bahawa cara menghurai atau memahami Hadis menggerakkan cari adalah cukup dengan mendongakkan jari ke atas sekali sahaja dan tidak menggerak-gerakkannya .

Jawapan :

كان يرفع اصبعه يحركها يدعو بها

"Nabi saw menggerak-gerakkan jari telunjuknya sambil membaca doa" (HR.Abu Daud & Nasaie)

Kalimat " Yuharrikuha " mengikut kaedah ilmu Sorof ia di atas wazan "fa'ala – yufa'ilu" "harraka-yuharriku" yang mana di dalam bab ini faedah yang boleh di ambil adalah kalimat yang berbentuk seperti ini menunjukkan " Taksir" atau banyak. Jadi cara yang paling tepat untuk memahami Nas/Hadis di atas adalah : Nabi menggerak-gerakkan jarinya ketika tasyahhud dengan berulang-ulang dan berterusan sehingga salam kerana di dalam Hadis tersebut menggunakan Kalimah yang berwazankan "fa'ala – yufa'ilu" yang membawa pengertian banyak dan berulang-ulang.

Ulasan :

Apa yang cuba saya sebutkan ini menguatkan lagi pendapat yang mengatakan menggerak-gerakkan jari ketika tasyahhud adalah pendapat yang boleh di terima pakai dan bukan rekaan pengikut-pengikut Wahabiy seperti yang di gembar gemburkan. Ia juga merupakan Mazhab salah satu dari 4 Mazhab Feqah.

Penutup :

Implikasi dari apa yang cuba saya huraikan adalah , nilailah sesuatu hujjah/pendapat itu menggunakan ilmu , pendalilan yang soheh , akal yang waras , dan tidak di selitkan dengan unsur-unsur fanatik pada pegangan sendiri.

Pada penilaian saya sepanjang menonton video-video Ustaz ini , saya lihat beliau seperti kehabisan hujjah untuk meyakinkan masyarakat terhadap dakwah yang beliau cuba bawa.

Nasihat saya , janganlah butakan masyarakat dengan tuduhan-tudahan , takut-menakutkan dan helah-helah yang tidak sepatutnya . Contohnya seperti ," jika mengamalkan sesuatu perkara ini boleh menyebabkan terkeluar dari Mazhab lah" , " jika lakukan satu perbuatan ini dalam solat terbatal solatlah"..jangan..jangan..dan jangan..Jangan menakut-nakutkan masyarakat atau orang-orang kampung yang hanya mampu mendengar dan bertaqlid pada pendapat seorang yang bergelar Ustaz..

Kita berada di dalam zaman ilmu , anda katakana bahawa anda seorang yang "ilmiah" jadi tunjukkan dan sampaikan pada masyarakat secara ilmiah..bukan menakut-nakutkan..

Jika anda tidak boleh menerima pendapat-pendapat Syeikh Al-Baani sekalipun , adakah salah jika anda khabarkan pada orang-orang kampung dengan uslub yang lembut sperti :

" ini merupakan pendapat Syeikh Al-Baani yang di ambil dari Mazhab sekian-sekian , bagi saya pendapat ini lemah dan bercanggah dengan apa yang saya pelajari , jadi saya berundur diri terhadap pendapat ini "

Subhanallah..alangkah indahnya jika bahasa seperti ini di guna pakai..tetapi malangnya anda lebih suka dengan uslub seperti ini :

" inilah solat cara pengikut PAK WAHAB..tegonjeng-gonjeng tegonjeng-gonjeng.." (lihat video demo solat wahabiy di You Tube)

Ya akhi..bukan ini cara yang anda katakana sebagai ilmiah , ini lebih cenderung kepada uslub tidak ubah seperti kanak-kanak yang hanya tahu mengejek untuk mendapatkan kemenangan..Anda memikul status Ustaz dan membawa status ini kesini dan kesana , anda dakwa sesetengah golongan mentohmah ulama'-ulama' terdahulu , anda katakan sesetengah golongan menunjuk pandai lebih dari ulama'-ulama' yang terdahulu..Adakah anda sedar , bahawa apa yang anda katakan memakan diri anda sendri ?? Sesuaikah seorang yang berjubah dan beserban putih ke sana-kesini tetapi hanya tahu mengeluarkan kata-kata seperti itu ??

Saya hanya menegur kerana anda juga merupakan seorang Muslim. Beringatlah ! bahawa yang menilai diri anda bukan diri anda sendiri , tetapi yang menilai diri dan kata-kata yang pernah anda keluarkan adalah orang sekeliling anda..Wallahu a'lam..

Ikhlas : ibnusyedomar al-hadrami

8 comments:

  1. Syukur dgn penjelasan Bro. Saya pun kurang gemar dgn cara ustaz yg saudara khabarkan tu. Kata org extreme, dia pun sama jugak. Kurang ilmiah.

    Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita.

    ReplyDelete
  2. semoga Allah memberi hidayah kpd kita semua..ambillah yang bermanfaat dan hindarilah yg keterlaluan..

    ReplyDelete
  3. Al-Baani ni sape? sezaman dgn sape? setanding dgn ibnu hajar ke, atau se tanding an nawawi??

    ReplyDelete
  4. Syeikh Al-albani merupakan Muhaddis pada abad ini..beliau seorang ajam ( bukan dari bangsa arab )..beliau juga merupakan Mujaddid dalam agama sepertimana yang di nukilkan oleh Syeikh Abd.Aziz Bin Baaz Mantan Mufti Saudi Arabia..

    Hasil daripada keikhlasan beliau dalam menyampaikan ilmunya telah melahirkan ramai ulama' dalam bidang Hadis di tanah arab seperti syeikh Muqbil al-wadi'ie (yaman) ,syeikh abu ishak al-huwaini (mesir) , syeikh ali hasan al-halabi (jordan) , syeikh salim eid al-hilali (jordan),syeikh abu hasan al-ma'ribi (yaman,mesir,saudi)dll..

    sebagai penuntut ilmu kita sepatutnya memiliki adab tanpa membanding-bandingkan para ulama' kerana perkara tersebut tidaklah menambahkan iman kita..kita serahkan urusan ini hanya kepada Allah swt..setiap ulama' memiliki keistimewaan dan kepakarannya dalam sesuatu majal atau ilmu..jadi perlulah kita berakhlak dan bertaqwa kepada Allah dalam setiap perbuatan kita..

    wallahu a'lam bis sawab..

    -ibnusyedomar-

    ReplyDelete
  5. Bersetuju dengan 'mengerakan jari', isunya hujah 'berulang-ulang' itu yang rapuh. wallahu a'lam

    ReplyDelete
  6. ya tuan blog.ustaz zamihan hanyalah menterjemahkan buku ini sahaja.buku ini ditulis oleh ahli hadith.isu ini juga telah disebutkan oleh ulama yg tersohor yg telah menghafal bnyak hadith2.kalau kamu mengsahihkan apa kata al-bani,skrg saya mahu bertanya bgaimana dengan al-bani berkata menyentuh kemaluan tidak membatalkan wuduk seolah-olah menyentuh cuping telinga.sebelum nak menjawab sesuatu dakwaan sila rujuk dengan kitab2 yang lain.sudah berapa kitab yang kamu dah khatam?dah berapa hadith yang kamu hafal?jangan nak pandai2 buat dakwaan!sedangkan kita bergerak melebihi 3 kali berturut2 boleh membatalkan solat kita.

    ReplyDelete
  7. Hadits tersebut diriwayatkan oleh :
    1. Ahmad dalam Kitab al Musnad IV/318 dan telah meriwayatkan dari jalannya al Khathib al Baghdadi dalam Kitab al Fashlu lil Washlil Mudraj I/444.
    2. al Bukhari dalam Kitab Qurratul ‘Ainain bi Raf’,il Yadain Fish Shalah hal. 27 no. 30 secara ringkas dan telah meriwayatkan dari jalannya al Khathib al Baghdadi dalam Kitab al Fashlu lil Washlil Mudraj I/445.
    3. Abu Dawud dalam Kitab as Sunan I/178 no. 727, Bab Raf’ul yadain fish shalah.
    4. an Nasai dalam Kitab as Sunan I/463 no. 888, Bab Maudhi’ul yamin minasy syimali fish shalah. Begitu pula dalam Kitab Sunanul Kubra I/256 no. 873.
    5. Ibnu Hibban dalam Kitab ash Shahih, sebagaimana tercantum dalam kitab al Ihsan V/170-171 no. 1860.
    6. Ibnu Khuzaimah dalam Kitab as Shahih I/234 no. 480 Bab Wadh’u bathni kaffil yusra rusghi was sa’id jamii’an.
    7. ad Darimi dalam Kitab as Sunan I/230 no. 1357.
    8. al Baihaqi dalam Kitab Sunanul Kubra II/189 no. 2787 Bab Man rawa annahu asyara biha wa lam yuharrik.
    9. ath Thabrani dalam Kitab al Mu’jamul Kabir XXII no. 82 pada hadits Kulaib bin Syihab Abu ‘Ashim al Jarami dari Waa-il bin Hujr.
    10. Ibnu Jarud dalam Kitab al Muntaqa no. 208 Bab Shifat shalatin Nabi ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam.

    ReplyDelete
  8. http://abufathurrahman.wordpress.com/2007/10/07/menggerakan-jari-dalam-tahiyat-sunnah/

    ReplyDelete