PELAWAT KEHORMAT

Thursday, December 30, 2010

Perspektif Islam Terhadap Kuasa Ibu dan Suami

Kuasa Mutlak - hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini iaitu SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak-anak. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai
Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak-anak terhadap ibunya.


Misal untuk si isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat-sifat yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir seterusnya membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat-sifat yang tidak elok itu kedalam zuriatnya.

Misal untuk si anak - anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata-kata atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya.Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul.Kesanya, hidup anak-anak tadi tidak akan mendapat keberkatan seterusnya memangkin kepada susahnya mendapat kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Akhirnya anak itu tadi akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi.

Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Seorang sebab dia TANPA SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak-anaknya.

Cerita tersebut menyuruh kita agar senantiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Separuh lagi adalah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU, kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak-anak kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda-pemuda tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.

Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik.InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.

Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahir kan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukan mempunyai bahkan mesti menggunakan dengan sebaiknya.

Friday, December 24, 2010

Pengajaran Dari Sejarah Abu Hanifah

Imam Abu Hanafih adalah seorang imam Mazhab yang besar dalam dunia Islam. Dalam empat mazhab yang terkenal tersebut hanya Imam Hanafi yang bukan orang Arab. Beliau keturunan Persia atau disebut juga dengan bangsa Ajam. Pendirian beliau sama dengan pendirian imam yang lain, iaitu sama-sama menegakkan Al-Quran dan sunnah Nabi SAW.

Imam Hanafi dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bertepatan tahun 699 Masehi di sebuah kota bernama Kufah.

Nama yang sebenarnya ialah Nu’man bin Tsabit bin Zautha bin Maha. Kemudian masyhur dengan gelaran Imam Hanafi.

Kemasyhuran nama tersebut menurut para ahli sejarah ada beberapa sebab :

1. Kerana ia mempunyai seorang anak laki-laki yang bernama Hanifah, maka ia diberi julukan dengan Abu Hanifah.

2. Kerana semenjak kecilnya sangat tekun belajar dan menghayati setiap yang dipelajarinya, maka ia dianggap seorang yang hanif
(kecenderungan/condong) pada agama. Itulah sebabnya ia masyhur dengan gelaran Abu Hanifah.
3. Menurut bahasa Persia, Hanifah bererti tinta. Imam Hanafi sangat rajin menulis hadith-hadith, ke mana, ia pergi selalu membawa tinta. Kerana itu ia dinamakan Abu Hanifah.

Waktu ia dilahirkan, pemerintahan Islam berada di tangan Abdul Malik bin Marwan, dari keturunan Bani

Umaiyyah kelima. Kepandaian Imam Hanafi tidak diragukan lagi, beliau mengerti betul tentang ilmu fiqih, ilmu tauhid, ilmu kalam, dan juga ilmu hadith. Di samping itu beliau juga pandai dalam ilmu kesusasteraan dan hikmah.

Imam Hanafi adalah seorang hamba Allah yang bertakwa dan soleh, seluruh waktunya lebih banyak diisi dengan amal ibadah. Jika beliau berdoa matanya bercucuran air mata demi

mengharapkan keredhaan Allah SWT. Walaupun demikian orang-orang yang berjiwa jahat selalu berusaha untuk menganiaya beliau.

Sifat keberanian beliau adalah berani menegakkan dan mempertahankan kebenaran. Untuk kebenaran ia tidak takut sengsara atau apa bahaya yang akan diterimanya. Dengan keberaniannya itu beliau selalu

mencegah orang-orang yang melakukan perbuatan mungkar, kerana menurut Imam Hanafi kalau kemungkaran itu tidak dicegah, bukan orang yang berbuat kejahatan itu saja yang akan merasakan akibatnya, melainkan semuanya, termasuk orang-orang yang baik yang ada di tempat tersebut

Sebahagian dilukiskan dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bahawa bumi ini diumpamakan sebuah bahtera yang didiami oleh dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah terdiri orang-orang yang baik-baik sementara kumpulan kedua terdiri dari yang jahat-jahat. Kalau kumpulan jahat ini mahu merosak bahtera dan kumpulan baik itu tidak mahu mencegahnya, maka seluruh penghuni bahtera itu akan binasa. Tetapi sebaliknya jika kumpulan yang baik itu mahu mencegah perbuatan orang-orang yang mahu membuat kerosakan di atas bahtera itu, maka semuanya akan selamat.

Sifat Imam Hanafi yang lain adalah menolak kedudukan tinggi yang diberikan pemerintah kepadanya. Ia menolak pangkat dan menolak wang yang dibelikan kepadanya. Akibat dari penolakannya itu ia ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Di dalam penjara ia diseksa, dipukul dan sebagainya.

Gabenor di Iraq pada waktu itu berada di tangan Yazid bin Hurairah Al-Fazzari. Selaku pemimpin ia tentu dapat mengangkat dan memberhentikan pegawai yang berada di bawah kekuasaannya. Pernah pada suatu ketika Imam Hanafi akan diangkat menjadi ketua urusan perbendaharan negara (Baitul mal), tetapi pengangkatan itu ditolaknya. Ia tidak mahu menerima kedudukan tinggi tersebut. Sampai berulang kali Gabenor Yazid menawarkan pangkat itu kepadanya, namun tetap ditolaknya.

Pada waktu yang lain Gabenor Yazid menawarkan pangkat Kadi (hakim) tetapi juga ditolaknya. Rupanya Yazid tidak senang melihat sikap Imam Hanafi tersebut. Seolah-olah Imam Hanafi memusuhi pemerintah, kerana itu timbul rasa curiganya. Oleh kerana itu ia diselidiki dan diancam akan dihukum dengan hukum dera. Ketika Imam Hanafi mendengar kata ancaman hukum dera itu Imam Hanafi menjawab: “Demi Allah, aku tidak akan mengerjakan jabatan yang ditawarkan kepadaku, sekalipun aku akan dibunuh oleh pihak kerajaan.” Demikian beraninya Imam Hanafi dalam menegakkan pendirian hidupnya.

Pada suatu hari Yazid memanggil para alim ulama ahli fiqih yang terkemuka di Iraq, dikumpulkan di muka istananya. Di antara mereka yang datang ketika itu adalah Ibnu Abi Laila. Ibnu Syblamah, Daud bin Abi Hind dan lain-lain. Kepada mereka, masing-masing diberi kedudukan rasmi oleh Gabenor.

Ketika itu gabenor menetapkan Imam Hanafi menjadi Pengetua jawatan Sekretari gabenor. Tugasnya adalah bertanggungjawab terhadap keluar masuk wang negara. Gabenor dalam memutuskan jabatan itu disertai dengan sumpah, “Jika Abu Hanifah tidak menerima pangkat itu nescaya ia akan dihukum dengan pukulan.”

Walaupun ada ancaman seperti itu, Imam Hanafi tetap menolak jawatan itu, bahkan ia tetap tegas, bahawa ia tidak mahu menjadi pegawai kerajaan dan tidak mahu campur tangan dalam urusan negara.

Kerana sikapnya itu, akhirnya ditangkap oleh gabenor. Kemudian dimasukkan ke dalam penjara selama dua minggu, dengan tidak dipukul. Lima belas hari kemudian baru dipukul sebanyak 14 kali pukulan, setelah itu baru dibebaskan. Beberapa hari sesudah itu gabenor menawarkan menjadi kadi, juga ditolaknya. Kemudian ditangkap lagi dan dijatuhi hukuman dera sebanyak 110 kali. Setiap hari didera sebanyak sepuluh kali pukulan. Namun demikian Imam Hanafi tetap dengan pendiriannya. Sampai ia dilepaskan kembali setelah cukup 110 kali cambukan.

Akibat dari pukulan itu muka dan seluruh badannya menjadi bengkak-bengkak. Hukuman cambuk itu sengaja untuk menghina Imam Hanafi. Walaupun demikian ketika Imam Hanafi diseksa ia sempat berkata. “Hukuman dera di dunia lebih ringan daripada hukuman neraka di akhirat nanti.” Ketika ia berusia lebih dari 50 tahun, ketua negara ketika itu berada di tangan Marwan bin Muhammad. Imam Hanafi juga menerima ujian. Kemudian pada tahun 132 H sesudah dua tahun dari hukuman tadi terjadilah pergantian pimpinan negara, dari keturunan Umaiyyah ke tangan Abbasiyyah, ketua negaranya bernama Abu Abbas as Saffah.

Pada tahun 132 H sesudah Abu Abbas meninggal dunia diganti dengan ketua negara yang baru bernama Abi Jaafar Al-Mansur, saudara muda dari Abul Abbas as Saffah. Ketika itu Imam Abu Hanifah telah berumur 56 tahun. Namanya masih tetap harum sebagai ulama besar yang disegani. Ahli fikir yang cepat dapat menyelesaikan sesuatu persoalan.

Suatu hari Imam Hanafi mendapat panggilan dari baginda Al-Mansur di Baghdad, supaya ia datang mengadap ke istana. Sesampainya ia di istana Baghdad ia ditetapkan oleh baginda menjadi kadi (hakim) kerajaan Baghdad. Dengan tawaran tersebut, salah seorang pegawai negara bertanya: “Adakah guru tetap akan menolak kedudukan baik itu?” Dijawab oleh Imam Hanafi “Amirul mukminin lebih kuat membayar kifarat sumpahnya daripada saya membayar sumpah saya.”

Kerana ia masih tetap menolak, maka diperintahkan kepada pengawal untuk menangkapnya, kemudian

dimasukkan ke dalam penjara di Baghdad. Pada saat itu para ulama yang terkemuka di Kufah ada tiga orang. Salah satu di antaranya ialah Imam Ibnu Abi Laila. Ulama ini sejak pemerintahan Abu Abbas as Saffah telah menjadi mufti kerajaan untuk kota Kufah. Kerana sikap Imam

Hanafi itu, Imam Abi Laila pun dilarang memberi fatwa.

Pada suatu hari Imam Hanafi dikeluarkan dari penjara kerana mendapat panggilan dari Al-Mansur, tetapi ia tetap menolak. Baginda bertanya, “Apakah engkau telah suka dalam keadaan seperti ini?”

Dijawab oleh Imam Hanafi: “Wahai Amirul Mukminin semoga Allah memperbaiki Amirul Mukminin.
Wahai Amirul Mukminin, takutlah kepada Allah, janganlah bersekutu dalam kepercayaan dengan orang yang tidak takut kepada Allah. Demi Allah saya bukanlah orang yang boleh dipercayai di waktu tenang, maka bagaimana saya akan dipercayai di waktu marah, sungguh saya tidak sepatutnya diberi jawatan itu.”

Baginda berkata lagi: “Kamu berdusta, kamu patut dan sesuai memegang jawatan itu.” Dijawab oleh Imam Hanafi: “Amirul Mukminin, sungguh baginda telah menetapkan sendiri, jika saya benar, saya telah menyatakan bahawa saya tidak patut memegang jawatan itu. Jika saya

berdusta, maka bagaimana baginda akan mengangkat seorang maulana yang dipandang rendah oleh bangsa Arab. Bangsa Arab tidak akan rela diadili seorang golongan hakim seperti saya.”

Pernah juga terjadi, baginda Abu Jaffar Al-Mansur memanggil tiga orang ulama besar ke istananya, iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Sufyan ats Tauri dan Imam Syarik an Nakhaei. Setelah mereka hadir di istana, maka ketiganya ditetapkan untuk menduduki pangkat yang cukup tinggi dalam kenegaraan, masing-masing diberi surat pelantikan tersebut.

Imam Sufyan ats Tauri diangkat menjadi kadi di Kota Basrah, lmam Syarik diangkat menjadi kadi di ibu kota. Adapun Imam Hanafi tidak mahu menerima pengangkatan itu di manapun ia diletakkan. Pengangkatan itu disertai dengan ancaman bahawa siapa saja yang tidak mahu menerima jawatan itu akan didera sebanyak l00 kali deraan.

Imam Syarik menerima jawatan itu, tetapi Imam Sufyan tidak mahu menerimanya, kemudian ia melarikan diri ke Yaman. Imam Abu Hanifah juga tidak mahu menerimanya dan tidak pula berusaha melarikan diri.

Oleh sebab itu Imam Abu Hanifah dimasukkan kembali ke dalam penjara dan dijatuhi hukuman sebanyak 100 kali dera. Setiap pagi dipukul dengan cambuk sementara dileher beliau dikalung dengan rantai besi yang berat.

Suatu kali Imam Hanafi dipanggil baginda untuk mengadapnya. Setelah tiba di depan baginda, lalu diberinya segelas air yang berisi racun. Ia dipaksa meminumnya. Setelah diminum air yang beracun itu Imam Hanafi kembali dimasukkan ke dalam penjara. Imam Hanafi wafat dalam keadaan menderita di penjara ketika itu ia berusia 70 tahun.

Imam Hanafi menolak semua tawaran yang diberikan oleh kerajaan daulah Umaiyyah dan Abbasiyah adalah kerana beliau tidak sesuai dengan corak pemerintahan yang mereka kendalikan. Oleh sebab itu mereka berusaha mengajak Imam Hanafi untuk bekerjasama mengikut gerak langkah mereka, dan akhirnya mereka seksa hingga meninggal, kerana Imam Hanafi menolak semua tawaran yang mereka berikan.

Wednesday, December 22, 2010

Bersantai Sambil Menikmati Keindahan Pencipta

Alhamdulillah atas nikmat iman dan juga kesihatan yang di beri pencipta..Seminggu penat memerah kepala menimba ilmu yang tidak pernah lapuk dan pupus di telan zaman , bak kata pepatah tuntutlah ilmu hingga ke negeri cina , hal yang demikian menunjukkan betapa luasnya ilmu ini dan betapa perlunya menuntut ilmu tidak kira berapa lama tempohnya seperti yang di nukilkan dalam satu pepatah yang lain " tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat "..Bukan itu yang ingin di perbincangkan , hanya ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan kenangan melalui gambar-gambar yang sempat di ambil ketika bersantai bersama keluarga di hujung minggu..Begitu indah ciptaan ilahi , jauh perjalanan luaslah pengalaman dan memorinya..








Wednesday, December 15, 2010

Kembara Ilmu


Alhamdulillah setinggi kesyukuran kepada Zat yang Maha Agung , selawat dan salam kepada junjun
gan mulia kekasih yang begitu mendalam cinta kami kepadanya.
Sabda Rasulullah saw yang di riwayatkan oleh Al-imam Al-bukhari ra , bermaksud :

" Iman itu dari orang yaman , fiqh itu dari orang yaman , hikmah itu di yaman "

Yaman merupakan sebuah negara yang terletak di timur tengah , nama negara ini tidaklah sehebat nama negara arab saudi khususnya kota Mekkahyang mana tanah suci ini terlalu ramai dan sering di kunjungi ummat islam di serata pelusuk dunia untuk menunaikan umrah dan haji.

Yaman tanahnya juga tandus , sehingga jarang di singgahi para pedagang. Adapun begitu , Yaman memiliki kelebihan dan keunikannya tersendiri bagi para penuntut ilmu khususnya penuntut ilmu agama.

Al-imam Al-hafiz ibn Hajar Al-askolani juga merupakan salah seorang yang tertarik dengan keunikan negara hikmah dan barakah ini. Sehinggakan pensyarah Kitab Sahih Al-Bukhari ini juga turut mengambil kesempatan untuk menimba ilmu di negara yaman.

Hal yang demikian di sebabkan kerana di Yaman terdapat banyak Ulama' dan memiliki tradisi keilmuan yang cukup kuat sehingga memberi kontribusi yang amat besar terhadap lahirnya ulama'-ulama' fiqh dan hadis.

Namun begitu , hal yang demikian tidaklah menghairankan penduduk yaman ini baik ulama' mahupun orang awam. Mereka lebih memberi perhatian terhadap ilmu terutamanya Al-quran dan Sunnah Rasulullah saw. Mereka semangat mengkaji dan berlumba-lumba menghafal Al-quran dan kitab-kitab Hadis. Sehinggakan aktiviti-aktiviti menyemak Al-quran dan Hadis hidup di setiap masjid dan madrasah-madrasah ilmu. Hal inilah yang merupakan keunikan yang payah untuk kita dapati di negara-negara lain khususnya negara-negara arab.

Benarlah apa yang di perkatakan oleh Rasulullah saw terhadap ahlul yaman ini. Negara ini memang benar-benar memiliki hikmah yang mana hikmah ini terhasil dari keimanan ahli-ahlinya yang benar-benar jitu lagi murni.

rijal-hadrami.blogspot.com




Thursday, November 25, 2010

Thank You Allah

aku bersyukur pada mu ya Allah atas kurniaan mu ini..ku serah segala-galanya atas kehendakMu ya Allah..peliharalah kami semua dari azab seksaanMu ya Allah..satukanlah hati-hati kami ya Allah..jadikanlah kami hamba yang senantiasa bersyukur atas segala pemberianMu..




Semadah Bicara

salam ukhwah buat sahabat-sahabat semua..terlalu lama rasanya blog ini sunyi dan sepi tanpa sebarang pnulisan-penulisan terbaru..saat ini barulah berkesempatan dan di izinkan Allah untuk menulis semula demi mengisi kesunyian yang sekian lama..
kesempatan ini saya ingin berkongsi kegembiraan , pengalaman dan tatapan memori yang tidak akan pernah pudar buat selamanya..

buat tatapan anak-anak murid ku


Ayuh!

Bangkitlah wahai muridku,

Buangkan selimut mimpi,

Ketika fajar mengetuk pintu hari,

Mulakan langkah berani,

Membawa Watikah Amanah dan Janji!

Muridku,

Tahukah kau?

Bahawa saban waktu,

Betapa lebatnya dedaun ilmu,

Secepat musim berlalu,

TETAPI..,

Manakan mampu meneduhkan hidupmu,

Jika usahamu kian pantas dihambat jemu,

Muridku,

Cuba kau helakan nafas kentalmu,

Pada Ayah, pada Bonda, jua pada Gurumu,

Bahawa gunung harapan bias kau daki,

Puncak menara bisa kau jejaki,

Dan ketahuilah!

Ketika bibir suria menguntum senyum,

Lalu menghulurkan jemari halusnya,

Serta melambai ucapan ‘SOBAHUL KHAIR’

Dan ‘AHLAN WASAHALAN’ buatmu tetamu terhormatnya…

Maka mengertilah! Bahawa indah cahayanya,

Akan menemani tiap jejak sepatu putihmu,

Menuju teratak ilmu itu..

Yakinlah bahawa kejayaanmu kebanggaanku,

Manakala,

Ketewasanmu kegagalanku,

Muridku,

Biarpun Hari Depanmu,

Masih dalam dua kemungkinan,

Namun biarlah – ‘UTARA’ dan ‘SELATAN’

Menjadi tawanan!




Friday, August 27, 2010

15 Prinsip ( Manhaj ) ASWJ

Al-Fadhil Ust. Ismail Omar

Hampir kesemua umat Islam di Nusantara mengakui sepenuhnya mengikuti Aqidah dan Amalan syariat berteraskan Ahli AsSunnah WalJamaah (ASWJ). Persoalannya ialah kefahaman terhadap pengertian sebenar Manhaj / Prinsip Dasar masih belum jelas difahami oleh pengikutnya.

Berikut ialah kriteria-kriteria yang membentuk MANHAJ Ahli AsSunnah WalJamaah (ASWJ) agar kita sama-sama merenung, membuka minda, memikir, memahami, mengabdikan diri, bersatu dan berjuang dibawah panduan MANHAJ ini.

1.
MANHAJ ARRASUL S.A.W DAN PARA SAHABAT

Berpegang kepada manhaj ArRasul s.a.w sawaktu hidupnya dan Manhaj para sahabat selepas darinya.

Manhaj ini adalah Al-Quran Al-Karim yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya. Seterusnya RasulNya menerangkan dan menjelaskan kepada sahabat-sahabat dalam hadith-hadith sahih, Sekelian muslimin diarah supaya berpegang teguh kepada keduanya iaitu Al-Quran dan Al-Hadith, Firman Allah :

Yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, taatlah kamu sekelian kepada Allahdan taatlah kamu sekelian kepada Rasul, dan janganlah kamu sekelian membatalkan amal-amal kebaikanmu. (Surah Muhammad: ayat 33)

2.
MENDAHULUI PERINTAH ALLAH DAN RASUL DARI YANG LAIN

Tidak mendahulukan perintah / perkataan sesiapapun daripada perintah / perkataan Allah dan RasulNya kerana meraka beramal dengan firman Allah:

Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu melakukan sesuatu perkara sebelum (kamu mendapat hukum atau kebenaran) daripada Allah dan RasulNya.
(Surah Al-Hujurat : ayat 1)

3.
KEMBALI KEPADA ALLAH & RASULNYA DALAM SEBARANG PERSELISIHAN

Kembali kepada kalam / perkataan Allah dan RasulNya dalam sebarang perselisihan atau perktikaian sesuai dengan firman Allah :

Yang bermaksud : Maka jika kamu selisih dalam sesuatu perkara maka kembalikan ia kepada Allah (Al-Quran) dan arRasul (AsSunnah). (surah AnNis’ : ayat 59)

4.
TIDAK FANATIK KECUALI KEPADA ALLAH DAN RASULNYA SERTA MENGHORMATI PARA IMAM MUJTAHID

Tidak taksub / fanatik kecuali kepada perkataan Allah dan RasulNya yang maksum yang tidak berkata-kata menurut hawa nafsunya. Meraka menghormati para imam mujtahid dan mengambil hukum feqah daripada Al-Quran, hadith-hadith sahih, dan daripada pendapat semua imam mujtahid itu sendiri yang menyuruh meninggalkan mana-mana pendapat yang bercanggah dengan Al-Quran dan hadith sahih. Setiap manusia selain daripada Rasul – walau berapa tinggi sekalipun martabatnya – akan tetap membuat kesilapan seperti dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w :

Yang bermaksud : Setiap anak Adam membuat kesilapan dan sebaik-baik kesilapan adalah mereka yang bertaubat. (Hadith hasan diriwayatkan Imam Ahmad)

5.
BERJEMAAH MENYATUKAN BARISAN UMAT ISLAM ATAS AQIDAH BETUL

Mewajibkan berjemaah sebagai punca kejayaan didunia dan diakhirat. Mereka menyatukan barisan umat Islam atas dasar Aqidah yang betul. Mereka meninggalkan perbalahan dan perselisihan yang boleh membawa perpecahan terutama dalam masalah furu’ atau ranting yang remeh. Mereka mengutamakan segala usaha berkerjasama menegakkan manhaj aqidah assalaf assoleh di muka bumi. Sabda Rasulullah s.a.w :

Yang bermaksud : biarkan aku (bertanggungjawab diatas apa yang telah aku tinggalkan kepada kamu. Sesungguhnya telah binasa golongan-golongan yang sebelum kamu disebabkan banyak persoalan dan [perselisihan meraka keatas nabi-nabi mereka. Oleh itu apa yang telah aku larangi kamu sekalian maka berhentilah (daripada mengerjakannya). Dan apa yang telah aku suruh kamu kerjakan maka kerjakanlah ia sekadar yang kamu mampu. (Hadith Sahih riwayat AlBukhari dan Muslim)

6.
TAUHID SEBAGAI TERAS KEPIMPINAN PEMERINTAHAN ISLAM & HUKUM PERUNDANGAN ALLAH.

Mengaggap tauhid iaitu pengesaan Allah dalam segala jenis ibadat sebagai asas wajib didirikan di atasnya pemerintah / pimpinan / negara / jamaah Islam yang sahih. Mereka juga menolok setiap sistem perundangan pemerintahan ciptaan manusia. Firman Allah :

Yang bermaksud : Maka setiap yang telah tiada berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka adalah orang-orang kafir. (Surah AlMaidah : 44)

7.
AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR.

Mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kejahatan). Firman Allah :

Yang bermaksud : Kamu adalah sebaik-baik umat yang telah dikeluarkan kepada manusia dengan menyuruh membuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.
(Surah Al-Imran : ayat 110)

8.
BERJIHAD KE JALAN ALLAH

Mengajak seluruh kaum muslimin berjihad ke jalan Allah. Ia adalah merupakan perkara wajib ke atas setiap orang Islam menurut keupayaan masing-masing. Berjihad pada jalan Allah itu adalah salah satu daripada tiga cara iaitu : berjihad dengan lidah dan penulisan, berjihad dengan harta dan yang tertinggi sekali ialah berjihad dengan nyawa / jiwa raga. Sabda Rasulullah s.a.w :

Yang bermaksud : Berjihadlah kamu terhadap orang-orang musyrikin dengan harta benda kamu, jiwa raga kamu dan lidah kamu. ( Hadith Sahih riwayat Abu Daud)

9.
MENGHINDARKAN BID’AH YANG MEMECAHBELAHKAN UMMAH

Menolak segala jalan-jalan yang berusur bid’ah yang melahirkan puak-puak penghancur yang memecahbelahkan ummah dengan mengada-adakan perkara baharu atau bid’ah dalam agama terutama dalam masalah aqidah serta mengajak manjauhi sunnah ArRasul s.a.w dan para sahabatnya. Sabda Rasulullah s.a.w :

Yang bermaksud : Aku mewasiatkan kepada kamu sekalian agar bertaqwa kepada Allah azza wa jalla dan mendengar serta taat walaupun yang memerintah kamu seorang hamba habsyi. Kerana sesungguhnya siapa yang hidup antara kamu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah alkhulafa’ arrasidin almahdiyin (yang mendapat pentunjuk dan hidayat). Cengkamlah (gigitlah) ia sekuat-kuat taringmu. Berwaspadalah kamu sekalian terhadap perkara-perkara baharu (dalam agama) kerana sesungguhnya setiap perkara baharu itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu adalah dalam api neraka. (Hadith Sahih riwayat Tirmizi, Nasae dan Baihaqi)

10.
MENGHIDUPKAN AMALAN ASSUNAHH DALAM HIDUP MEREKA.

Menghidupkan sunnah arRasul s.a.w dalam ibadat, kelakuan dan perjalanan hidup mereka. Oleh kerana itu mereka selalu seolah-olah dianggap menjadi orang dagang/asing yang jangal diantara kaum mereka sepertimana sabda Nabi s.a.w :

Yang bermaksud : Sesungguhnya Islam itu bermula dagang dan ia akan kembali dagang seperti permulaanya. Maka sesungguhnya Islam itu bermula dagang dan ia akan kembali dagang seperti permulaan. Maka Thuba (sejenis pohon disyurga) bagi orang-orang dagang itu.
(Hadith riwayat Iman Muslim dan lain-lain)

11.
MENYATUKAN ILMU DAN AMAL SERTA ZAHIR DAN BATIN.

Mempraktikkan agama Islam dengan menyatukan ilmu dan amalan serta zahir dan batin tanpa memisah antaranya sebagaimana yang dipraktikkan oleh arRasul s.a.w dan para sahabatnya. Firman Allah :

Yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, masuki kamu semua ke dalam agama Islam sepenuhnya. (Surah Al-Baqarah : ayat 208)

12.
PERTENGAHAN DAN KESEDERHANAAN

Adalah golongan pertengahan dan kesederhanaan. Mereka bukanlah dari puak pelampau atau ekstremis yang meninggi-ninggikan (memuliakan) ataupun merendah-rendahkan seseorang individu, golongan atau pendapat dengan sebarangan tanpa asas agama. Inilah yang dimaksudkan dengan SiratulMustaqim atau Jalan Yang Lurus. Firman Allah :
Yang bermaksud : Sesungguhnya ini adalah jalanKu yang lurus, Maka ikutilah ia. Dan janganlah sekali-kali kamu ikuti jalan-jalan (yang lain) yang akan memecah belahkan kamu dari jalanNya.
(Surah Al-Baqarah : ayat 208)

13.
SYARIAT RASULULLAH S.A.W

Beramal dengan syariat Rasulullah s.a.w. Tiada sesiapa yang boleh terkeluar darinya. Syariat ini adalah mencakupi segenap sudut agama termasuk bidang aqidah, feqah, perancangan, ibadat, akhlak, politik, kemasyarakatan dan lain-lain. Firman Allah :

Yang bermaksud : Pada setiap (perkara atau urusan) telah Kami jadikan antara kamu suatu syariat dan manhaj. (Surah Al-Maidah : ayat 48)

14.
PERBEZAAN DARAJAT ANTARA UMAT ISLAM.

Menyedari penuh akan hakikat perbezaan darajat antara mereka dari segi ilmu, kefahaman dan kesabaran dalam proses perlaksanaannya. Oleh itu terdapat perbezaan pendapat dalam ijtihat-ijtihad mereka disebabkan perbezaan tingkatan ilmu mereka berkenaan pemahaman assunah. Walau apapun mereka tetap meraikan perbezaan pendapat dalam ijtihad ini dengan menekankan supaya memelihara penyatuan umat dan menjauhi unsur-unsur perpecahan. Firman Allah :

Yang bermaksud : Allah meninggikan mereka yang mencari ilmu (para ulamak) berlainan darjat.
(Surah AlMujadalah : ayat 11)

15.
RUANG LINGKUP MASYARAKAT ASWJ MERANGKUMI CAMURAN MANUSIA BIASA

Adalah campuran manusia biasa. Ada diantara mereka yang benar dan soleh. Ada yang membuat maksiat disebabkan kelemahan masing-masing samada disedari atau tidak disedari. Walau apapun, pada keseluruhannya mereka adalah lebih baik jika dibandingkan dengan golongan lain. Firman Allah :

Yang Bermaksud : Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa sesiapa yang mensyirikkan akanNya tetapi mengampunkan (segala dosa) yang lain kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
(Surah AnNisa’ ayat 47)


Monday, June 7, 2010

Tahniah Kepada YAKIN dan Sek.Kiblah

Setinggi kesyukuran di rafa'kan kepada Allah Azzawajal kerana dengan limpah kurnianya telah memberi ruang dan kesempatan kepada Yayasan Kebajikan Nusantara ( YAKIN ) dan Sekolah Kiblah untuk menjayakan Malam Amal Sekolah Kiblah / Kiblah Charity Dinner pada 6 Jun yang lalu. Majlis tersebut bertujuan untuk mengumpul dana bagi komplek pendidikan baru Sekolah Kiblah , Maahad Tahfiz Kiblah dan Pusat Bahasa Arab Kiblah yang akan di bina di Jenderam Hilir , Sepang. Majlis turut di hadiri oleh tetamu kehormat Tun Dr. Mahathir Muhammad dan Mufti Masjid Haram Syeikh Sulaiman As-Sallumi.

Yayasan Kebajikan Nusantara turut menerima sumbangan sebanyak 3 juta Riyal Qatar dari Amir Qatar yang di sampaikan oleh Syeikh Sulaiman As-Sallumi. Ucapan tahniah dan seribu kebanggaan di ucapkan kepada Yayasan Kebajikan Nusantara dan Sekolah Kiblah di atas kejayaan malam amal tersebut.

pidato bertajuk Muslim Dilemma Challenges & Opportunities oleh Tun.Mahathir
Mufti Masjid Haram Mekkah Syeikh Sulaiman As-Sallumi
VIP yang turut hadir menjayakan majlis tersebut
Sekilas Pandang Malam Amal Sekolah Kiblah
Penyampaian Replika Sumbangan Dari Amir Qatar



melamar kemesraan bersama Tun Dr Siti Hasmah
pidato yang sangat membuka minda hadirin
santai
Pengarah Urusan YAKIN juga merupakan Pengasas Sek. Kiblah Al fadhil Ust. Ismail Omar
Tan Sri Hasyim Meon - Tun Dr Mahathir - Ust. Ismail Omar
Sesi temuramah






Bergambar Bersama Tun Dr Siti Hasmah
Sebelum Berangkat Pulang
Persembahan Pelajar Muslimat Sekolah KIblah
Bangga Memegang Replika Sumbangan
Alumni Sekolah Kiblah membuat persembahan nasyid