PELAWAT KEHORMAT

Thursday, November 25, 2010

Thank You Allah

aku bersyukur pada mu ya Allah atas kurniaan mu ini..ku serah segala-galanya atas kehendakMu ya Allah..peliharalah kami semua dari azab seksaanMu ya Allah..satukanlah hati-hati kami ya Allah..jadikanlah kami hamba yang senantiasa bersyukur atas segala pemberianMu..




Semadah Bicara

salam ukhwah buat sahabat-sahabat semua..terlalu lama rasanya blog ini sunyi dan sepi tanpa sebarang pnulisan-penulisan terbaru..saat ini barulah berkesempatan dan di izinkan Allah untuk menulis semula demi mengisi kesunyian yang sekian lama..
kesempatan ini saya ingin berkongsi kegembiraan , pengalaman dan tatapan memori yang tidak akan pernah pudar buat selamanya..

buat tatapan anak-anak murid ku


Ayuh!

Bangkitlah wahai muridku,

Buangkan selimut mimpi,

Ketika fajar mengetuk pintu hari,

Mulakan langkah berani,

Membawa Watikah Amanah dan Janji!

Muridku,

Tahukah kau?

Bahawa saban waktu,

Betapa lebatnya dedaun ilmu,

Secepat musim berlalu,

TETAPI..,

Manakan mampu meneduhkan hidupmu,

Jika usahamu kian pantas dihambat jemu,

Muridku,

Cuba kau helakan nafas kentalmu,

Pada Ayah, pada Bonda, jua pada Gurumu,

Bahawa gunung harapan bias kau daki,

Puncak menara bisa kau jejaki,

Dan ketahuilah!

Ketika bibir suria menguntum senyum,

Lalu menghulurkan jemari halusnya,

Serta melambai ucapan ‘SOBAHUL KHAIR’

Dan ‘AHLAN WASAHALAN’ buatmu tetamu terhormatnya…

Maka mengertilah! Bahawa indah cahayanya,

Akan menemani tiap jejak sepatu putihmu,

Menuju teratak ilmu itu..

Yakinlah bahawa kejayaanmu kebanggaanku,

Manakala,

Ketewasanmu kegagalanku,

Muridku,

Biarpun Hari Depanmu,

Masih dalam dua kemungkinan,

Namun biarlah – ‘UTARA’ dan ‘SELATAN’

Menjadi tawanan!




Friday, August 27, 2010

15 Prinsip ( Manhaj ) ASWJ

Al-Fadhil Ust. Ismail Omar

Hampir kesemua umat Islam di Nusantara mengakui sepenuhnya mengikuti Aqidah dan Amalan syariat berteraskan Ahli AsSunnah WalJamaah (ASWJ). Persoalannya ialah kefahaman terhadap pengertian sebenar Manhaj / Prinsip Dasar masih belum jelas difahami oleh pengikutnya.

Berikut ialah kriteria-kriteria yang membentuk MANHAJ Ahli AsSunnah WalJamaah (ASWJ) agar kita sama-sama merenung, membuka minda, memikir, memahami, mengabdikan diri, bersatu dan berjuang dibawah panduan MANHAJ ini.

1.
MANHAJ ARRASUL S.A.W DAN PARA SAHABAT

Berpegang kepada manhaj ArRasul s.a.w sawaktu hidupnya dan Manhaj para sahabat selepas darinya.

Manhaj ini adalah Al-Quran Al-Karim yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya. Seterusnya RasulNya menerangkan dan menjelaskan kepada sahabat-sahabat dalam hadith-hadith sahih, Sekelian muslimin diarah supaya berpegang teguh kepada keduanya iaitu Al-Quran dan Al-Hadith, Firman Allah :

Yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, taatlah kamu sekelian kepada Allahdan taatlah kamu sekelian kepada Rasul, dan janganlah kamu sekelian membatalkan amal-amal kebaikanmu. (Surah Muhammad: ayat 33)

2.
MENDAHULUI PERINTAH ALLAH DAN RASUL DARI YANG LAIN

Tidak mendahulukan perintah / perkataan sesiapapun daripada perintah / perkataan Allah dan RasulNya kerana meraka beramal dengan firman Allah:

Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu melakukan sesuatu perkara sebelum (kamu mendapat hukum atau kebenaran) daripada Allah dan RasulNya.
(Surah Al-Hujurat : ayat 1)

3.
KEMBALI KEPADA ALLAH & RASULNYA DALAM SEBARANG PERSELISIHAN

Kembali kepada kalam / perkataan Allah dan RasulNya dalam sebarang perselisihan atau perktikaian sesuai dengan firman Allah :

Yang bermaksud : Maka jika kamu selisih dalam sesuatu perkara maka kembalikan ia kepada Allah (Al-Quran) dan arRasul (AsSunnah). (surah AnNis’ : ayat 59)

4.
TIDAK FANATIK KECUALI KEPADA ALLAH DAN RASULNYA SERTA MENGHORMATI PARA IMAM MUJTAHID

Tidak taksub / fanatik kecuali kepada perkataan Allah dan RasulNya yang maksum yang tidak berkata-kata menurut hawa nafsunya. Meraka menghormati para imam mujtahid dan mengambil hukum feqah daripada Al-Quran, hadith-hadith sahih, dan daripada pendapat semua imam mujtahid itu sendiri yang menyuruh meninggalkan mana-mana pendapat yang bercanggah dengan Al-Quran dan hadith sahih. Setiap manusia selain daripada Rasul – walau berapa tinggi sekalipun martabatnya – akan tetap membuat kesilapan seperti dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w :

Yang bermaksud : Setiap anak Adam membuat kesilapan dan sebaik-baik kesilapan adalah mereka yang bertaubat. (Hadith hasan diriwayatkan Imam Ahmad)

5.
BERJEMAAH MENYATUKAN BARISAN UMAT ISLAM ATAS AQIDAH BETUL

Mewajibkan berjemaah sebagai punca kejayaan didunia dan diakhirat. Mereka menyatukan barisan umat Islam atas dasar Aqidah yang betul. Mereka meninggalkan perbalahan dan perselisihan yang boleh membawa perpecahan terutama dalam masalah furu’ atau ranting yang remeh. Mereka mengutamakan segala usaha berkerjasama menegakkan manhaj aqidah assalaf assoleh di muka bumi. Sabda Rasulullah s.a.w :

Yang bermaksud : biarkan aku (bertanggungjawab diatas apa yang telah aku tinggalkan kepada kamu. Sesungguhnya telah binasa golongan-golongan yang sebelum kamu disebabkan banyak persoalan dan [perselisihan meraka keatas nabi-nabi mereka. Oleh itu apa yang telah aku larangi kamu sekalian maka berhentilah (daripada mengerjakannya). Dan apa yang telah aku suruh kamu kerjakan maka kerjakanlah ia sekadar yang kamu mampu. (Hadith Sahih riwayat AlBukhari dan Muslim)

6.
TAUHID SEBAGAI TERAS KEPIMPINAN PEMERINTAHAN ISLAM & HUKUM PERUNDANGAN ALLAH.

Mengaggap tauhid iaitu pengesaan Allah dalam segala jenis ibadat sebagai asas wajib didirikan di atasnya pemerintah / pimpinan / negara / jamaah Islam yang sahih. Mereka juga menolok setiap sistem perundangan pemerintahan ciptaan manusia. Firman Allah :

Yang bermaksud : Maka setiap yang telah tiada berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka adalah orang-orang kafir. (Surah AlMaidah : 44)

7.
AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR.

Mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kejahatan). Firman Allah :

Yang bermaksud : Kamu adalah sebaik-baik umat yang telah dikeluarkan kepada manusia dengan menyuruh membuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.
(Surah Al-Imran : ayat 110)

8.
BERJIHAD KE JALAN ALLAH

Mengajak seluruh kaum muslimin berjihad ke jalan Allah. Ia adalah merupakan perkara wajib ke atas setiap orang Islam menurut keupayaan masing-masing. Berjihad pada jalan Allah itu adalah salah satu daripada tiga cara iaitu : berjihad dengan lidah dan penulisan, berjihad dengan harta dan yang tertinggi sekali ialah berjihad dengan nyawa / jiwa raga. Sabda Rasulullah s.a.w :

Yang bermaksud : Berjihadlah kamu terhadap orang-orang musyrikin dengan harta benda kamu, jiwa raga kamu dan lidah kamu. ( Hadith Sahih riwayat Abu Daud)

9.
MENGHINDARKAN BID’AH YANG MEMECAHBELAHKAN UMMAH

Menolak segala jalan-jalan yang berusur bid’ah yang melahirkan puak-puak penghancur yang memecahbelahkan ummah dengan mengada-adakan perkara baharu atau bid’ah dalam agama terutama dalam masalah aqidah serta mengajak manjauhi sunnah ArRasul s.a.w dan para sahabatnya. Sabda Rasulullah s.a.w :

Yang bermaksud : Aku mewasiatkan kepada kamu sekalian agar bertaqwa kepada Allah azza wa jalla dan mendengar serta taat walaupun yang memerintah kamu seorang hamba habsyi. Kerana sesungguhnya siapa yang hidup antara kamu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah alkhulafa’ arrasidin almahdiyin (yang mendapat pentunjuk dan hidayat). Cengkamlah (gigitlah) ia sekuat-kuat taringmu. Berwaspadalah kamu sekalian terhadap perkara-perkara baharu (dalam agama) kerana sesungguhnya setiap perkara baharu itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu adalah dalam api neraka. (Hadith Sahih riwayat Tirmizi, Nasae dan Baihaqi)

10.
MENGHIDUPKAN AMALAN ASSUNAHH DALAM HIDUP MEREKA.

Menghidupkan sunnah arRasul s.a.w dalam ibadat, kelakuan dan perjalanan hidup mereka. Oleh kerana itu mereka selalu seolah-olah dianggap menjadi orang dagang/asing yang jangal diantara kaum mereka sepertimana sabda Nabi s.a.w :

Yang bermaksud : Sesungguhnya Islam itu bermula dagang dan ia akan kembali dagang seperti permulaanya. Maka sesungguhnya Islam itu bermula dagang dan ia akan kembali dagang seperti permulaan. Maka Thuba (sejenis pohon disyurga) bagi orang-orang dagang itu.
(Hadith riwayat Iman Muslim dan lain-lain)

11.
MENYATUKAN ILMU DAN AMAL SERTA ZAHIR DAN BATIN.

Mempraktikkan agama Islam dengan menyatukan ilmu dan amalan serta zahir dan batin tanpa memisah antaranya sebagaimana yang dipraktikkan oleh arRasul s.a.w dan para sahabatnya. Firman Allah :

Yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, masuki kamu semua ke dalam agama Islam sepenuhnya. (Surah Al-Baqarah : ayat 208)

12.
PERTENGAHAN DAN KESEDERHANAAN

Adalah golongan pertengahan dan kesederhanaan. Mereka bukanlah dari puak pelampau atau ekstremis yang meninggi-ninggikan (memuliakan) ataupun merendah-rendahkan seseorang individu, golongan atau pendapat dengan sebarangan tanpa asas agama. Inilah yang dimaksudkan dengan SiratulMustaqim atau Jalan Yang Lurus. Firman Allah :
Yang bermaksud : Sesungguhnya ini adalah jalanKu yang lurus, Maka ikutilah ia. Dan janganlah sekali-kali kamu ikuti jalan-jalan (yang lain) yang akan memecah belahkan kamu dari jalanNya.
(Surah Al-Baqarah : ayat 208)

13.
SYARIAT RASULULLAH S.A.W

Beramal dengan syariat Rasulullah s.a.w. Tiada sesiapa yang boleh terkeluar darinya. Syariat ini adalah mencakupi segenap sudut agama termasuk bidang aqidah, feqah, perancangan, ibadat, akhlak, politik, kemasyarakatan dan lain-lain. Firman Allah :

Yang bermaksud : Pada setiap (perkara atau urusan) telah Kami jadikan antara kamu suatu syariat dan manhaj. (Surah Al-Maidah : ayat 48)

14.
PERBEZAAN DARAJAT ANTARA UMAT ISLAM.

Menyedari penuh akan hakikat perbezaan darajat antara mereka dari segi ilmu, kefahaman dan kesabaran dalam proses perlaksanaannya. Oleh itu terdapat perbezaan pendapat dalam ijtihat-ijtihad mereka disebabkan perbezaan tingkatan ilmu mereka berkenaan pemahaman assunah. Walau apapun mereka tetap meraikan perbezaan pendapat dalam ijtihad ini dengan menekankan supaya memelihara penyatuan umat dan menjauhi unsur-unsur perpecahan. Firman Allah :

Yang bermaksud : Allah meninggikan mereka yang mencari ilmu (para ulamak) berlainan darjat.
(Surah AlMujadalah : ayat 11)

15.
RUANG LINGKUP MASYARAKAT ASWJ MERANGKUMI CAMURAN MANUSIA BIASA

Adalah campuran manusia biasa. Ada diantara mereka yang benar dan soleh. Ada yang membuat maksiat disebabkan kelemahan masing-masing samada disedari atau tidak disedari. Walau apapun, pada keseluruhannya mereka adalah lebih baik jika dibandingkan dengan golongan lain. Firman Allah :

Yang Bermaksud : Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa sesiapa yang mensyirikkan akanNya tetapi mengampunkan (segala dosa) yang lain kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
(Surah AnNisa’ ayat 47)


Monday, June 7, 2010

Tahniah Kepada YAKIN dan Sek.Kiblah

Setinggi kesyukuran di rafa'kan kepada Allah Azzawajal kerana dengan limpah kurnianya telah memberi ruang dan kesempatan kepada Yayasan Kebajikan Nusantara ( YAKIN ) dan Sekolah Kiblah untuk menjayakan Malam Amal Sekolah Kiblah / Kiblah Charity Dinner pada 6 Jun yang lalu. Majlis tersebut bertujuan untuk mengumpul dana bagi komplek pendidikan baru Sekolah Kiblah , Maahad Tahfiz Kiblah dan Pusat Bahasa Arab Kiblah yang akan di bina di Jenderam Hilir , Sepang. Majlis turut di hadiri oleh tetamu kehormat Tun Dr. Mahathir Muhammad dan Mufti Masjid Haram Syeikh Sulaiman As-Sallumi.

Yayasan Kebajikan Nusantara turut menerima sumbangan sebanyak 3 juta Riyal Qatar dari Amir Qatar yang di sampaikan oleh Syeikh Sulaiman As-Sallumi. Ucapan tahniah dan seribu kebanggaan di ucapkan kepada Yayasan Kebajikan Nusantara dan Sekolah Kiblah di atas kejayaan malam amal tersebut.

pidato bertajuk Muslim Dilemma Challenges & Opportunities oleh Tun.Mahathir
Mufti Masjid Haram Mekkah Syeikh Sulaiman As-Sallumi
VIP yang turut hadir menjayakan majlis tersebut
Sekilas Pandang Malam Amal Sekolah Kiblah
Penyampaian Replika Sumbangan Dari Amir Qatar



melamar kemesraan bersama Tun Dr Siti Hasmah
pidato yang sangat membuka minda hadirin
santai
Pengarah Urusan YAKIN juga merupakan Pengasas Sek. Kiblah Al fadhil Ust. Ismail Omar
Tan Sri Hasyim Meon - Tun Dr Mahathir - Ust. Ismail Omar
Sesi temuramah






Bergambar Bersama Tun Dr Siti Hasmah
Sebelum Berangkat Pulang
Persembahan Pelajar Muslimat Sekolah KIblah
Bangga Memegang Replika Sumbangan
Alumni Sekolah Kiblah membuat persembahan nasyid

Satu Penilaian Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Perlu Dilakukan - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Satu penilaian berhubung keberkesanan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza perlu dilakukan bagi memastikan bantuan berkenaan dapat diterima penduduk Gaza, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata: "Kita perlu melakukan satu penilaian dahulu tentang keberkesanan kaedah untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. Ini bukan hanya satu propaganda.

"Kita sangat bimbang akan barangan seperti simen, contohnya, langsung tidak dibenarkan Israel untuk dibawa masuk ke Gaza. Mereka (rakyat Palestin) mungkin menggunakannya untuk membina kubu bagi mempertahankan diri, tetapi tanpa simen mereka tidak dapat membina rumah," kata Dr Mahathir ketika ditanya mengenai rancangan seterusnya Perdana Global Peace Organisation (PGPO) bagi menghantar bantuan kemanusiaan berikutan rampasan armada kecil bantuan kemanusiaan ke Gaza oleh tentera Israel.

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PGPO, berkata demikian selepas melancarkan tabung amal bagi mengumpul dana untuk pembangunan Kompleks Pendidikan Kiblah yang baru meliputi pembinaan sebuah sekolah menengah, pusat tahfiz dan pusat bahasa, di bawah naungan Yayasan Kebajikan Nusantara (Yakin).

Kompleks Pendidikan Kiblah yang baru itu dibina di Jenderam Hilir, Sepang.

PGPO adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang terbabit dalam misi penghantaran bantuan kemanusiaan. Ia terlibat dalam misi penghantaran Flotilla Bantuan Kemanusiaan Gaza beberapa minggu lepas tetapi Israel tidak membenarkan kapal berkenaan memasuki Gaza dan sebaliknya mengarahkan kapal-kapal berkenaan ke Pelabuhan Ashdod di Israel.

Tentera Israel juga menyerang satu daripada kapal berkenaan sehingga menyebabkan sembilan aktivis keamanan terkorban dan menimbulkan kemarahan masyarakat antarabangsa dan desakan Israel menarik balik sekatan di Gaza.

Ketika ditanya sama ada bantuan kemanusiaan itu akan dapat dihantar melalui udara, Dr Mahathir berkata beliau tidak fikir ia boleh dilakukan tetapi "ia mungkin boleh dilakukan menerusi darat".

"Jika Mesir membuka Raffah, mereka mahu memeriksa segala-galanya dan setiap barangan yang kita bawa, ini mungkin menyebabkan kelewatan dan mereka mungkin berpendapat barangan tertentu adalah berbahaya," katanya.

Terdahulu, semasa berucap, Dr Mahathir melahirkan harapan bahawa pembangunan Kompleks Pendidikan Kiblah yang baru akan menekankan kepada pemahaman dan pengajaran Al-Quran.

Pada majlis jamuan amal malam ini, Yayasan Kebajikan Nusantara menerima sumbangan kira-kira RM3.5 juta termasuk tiga juta Rial Qatar daripada Emir Qatar, yang disampaikan oleh Mufti Masjidil Haram Syeikh Dr Sulaiman Al-Saloomi.

Sumber : BERNAMA