PELAWAT KEHORMAT

Sunday, May 2, 2010

Pesanan Buat Yang Bergelar Wanita

Artikel kali ini berkaitan dengan permaslahan wanita remaja masa kini. Mengapa saya agak berminat untuk membangkitkan isu ini adalah kerana ketika saya berkunjung ke laman fecabook abang saya . Saya tertarik melihat satu gambar yang di Tag kan kepada abang saya yang mana ia merupakan gambar wanita serba hitam berpurdah dan di bawahnya tertulis keratan seperti ini :

" Assalamualaikum wrbt>> Pertama nya sy mintak maaf banyak2 jika teguran ini terlalu pedas dan tegas...cuma nk memberi teguran sekali lagi kepada semua muslimat2 atau wanita2 supaya tidak menayangkan gambar2 personal anda.Ini kerana mungkin gambar2 anda tidak selamat di FB ini dan memudahkan gambar anda di photoshop dan di superimposekan oleh mereka ingin mengaibkan anda,jd mungkin bg sy tidak sgt sesuai gmbr2 anda di uploadkan di FB ini,apatah lg gmbar possing yg membangkitkan nafsu lelaki...dgn ini di minta mereka yg bernama wanita Islam perlu mendeletekan dan membuang segala gmbr2 yg menjurus kpd fitnah pd diri anda sendiri termasuk yg sudah kahwin sekalipun.Jika anda tidak setuju dgn teguran ini sila nyatakan komen anda di sini..sekian wassalam "

Alhamdulillah , saya ucapkan Jazakallahu khair dan tahniah kepada saudara yang mempunyai jiwa dan penghayatan Islam yang kuat seperti ini. Sesungguhnya saudara di atas patut di jadikan contoh buat kita sebagai yang bergelar Islam !

Daripada Abu Ruqaiyah Tamim Bin Aus Ad-Daari r.a berkata : Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : Agama itu adalah nasihat , Kami bertanya : Untuk siapa Ya Rasulullah ? Baginda bersabda : Untuk Allah , Kitab Nya , Rasul Nya , Para pemimpin Ummat Islam , dan bagi seluruh kaum Muslimin ( HR Muslim ).

Kalimah Nasihat merupakan kalimah yang singkat tetapi mencakupi isi atau makna yang sangat luas . Di dalam bahasa arab tidak ada kalimat lain yang pengertiannya setara dengan kalimah Nasihat . Sebagaimana yang di sebutkan oleh para Ulama' Bahasa Arab tentang Kalimah Al-Fallah yang tidak memiliki padanan setara dengannya yang mencakupi makna kebaikan di dunia mahupun di akhirat .

Bukanlah ini yang ingin saya perbincangkan. Perbincangan kali ini berkaitan apa yang Saudara di atas sebutkan . Dari keratan saudara di atas saya mengambil peluang ini untuk menghuraikan serba sedikit sebagai penjelasan yang lebih luas.

Ciri-ciri wanita Islam yang sebenar adalah wanita yang pandai menjaga maruah dirinya dari di cemari daripada apa sahaja pencemaran. Kita sering di perdengarkan dengan kisah-kisah wanita di zaman Rasulullah saw , betapa teguh dan mantap keperibadian mereka . Keperibadian mereka bukan hanya tertumpu sekadar di rumah , tetapi keperibadian mereka ini menyumbang kepada ummah dan sekaligus menjadi pencorak kepada ketamadunan Islam.

Antara keperibadian – keperibadian yang perlu ada bagi wanita Islam adalah :

1. mentaati perintah Allah dan Rasul Nya saw.

Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada perintah Rab nya , tetap pada sunnah Rasulullah saw dan di samping itu berusaha untuk memahami Sunnah dan Islam yang sebenar mengikut manhaj As-Salaf As-Soleh.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

Dari Shofiyah binti Syaibah berkata: “Ketika kami bersama Aisyah ra, beliau berkata: “Aku teringat akan wanita-wanita Quraisy dan keutamaan mereka.” Aisyah berkata: “Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki keutamaan, dan demi Allah, aku tidak melihat wanita yang lebih percaya kepada kitab Allah dan lebih meyakini ayat-ayat-Nya melebihi wanita-wanita Anshor. Ketika turun kepada mereka ayat: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya.” (An-Nur: 31) Maka para suami segera mendatangi isteri-isteri mereka dan membacakan apa yang diturunkan Allah kepada mereka. Mereka membacakan ayat itu kepada isteri, anak wanita, saudara wanita dan kaum kerabatnya. Dan tidak seorangpun di antara wanita itu kecuali segera berdiri mengambil kain (tirai) dan menutupi kepala dan wajahnya, karena percaya dan beriman kepada apa yang diturunkan Allah dalam kitab-Nya. Sehingga mereka (berjalan) di belakang Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam dengan kain penutup seakan-akan di atas kepalanya terdapat burung gagak.” (hadith riwayat sahih).

Allahu Akbar ! Lihat betapa keperibadian melambangkan ketaatan dan kesungguhan untuk melaksanakan perintah Allah dan Rasul Nya. Keperibadian yang seperti inilah yang perlu di pupuk dalam jiwa Muslimah kita pada hari ini . Kerana kemerosotan Akhlak sudah sampai ke tahap yang maksima dan perlu segara kita perbaiki . Semoga Allah memperbaiki setiap kelemahan Muslimin .

2. senantiasa menjaga auratnya .

Bersabda Rasulullah saw :

Akan ada pada akhir umatku nanti wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, kepala mereka bagaikan pundak (punggung) unta, laknatlah mereka karena mereka adalah wanita-wanita yang pantas dilaknat.” (hadith sahih).

Keperibadian Muslimah adalah berusaha sedaya upaya menjaga auratnya . Hadis di atas merupakan Mu'jizat Rasulullah saw yang mana Baginda dapat mengkhabarkan kepada sahabat-sahabat di zaman Baginda bahawa akan muncul pada akhir zaman nanti wanita-wanita yang berpakaian tetapi pakaian mereka tidaklah memberi apa-apa manfaat kepada mereka. Mereka menampakkan aurat-aurat mereka dalam keadaan mereka redha dan atas tujuan untuk menayangkan kepada orang lain. Perkara ini benar-benar telah berlaku pada dewasa ini . Tengok sahaja pakaian-pakaian anak-anak muda kita hari ini . Mereka tidak segan silu malah rasa berbangga untuk menayangkan apa yang tidak sepatutnya untuk mereka tayangkan . Tidak cukup dengan perbuatan sedemikian , mereka menambah lagi beban dosa mereka dengan memaparkan gambar-gambar yang tidak kurang hebatnya jika hendak di bandingkan dengan seorang pelacur di laman-laman web seperti facebook , friendster dan sebagainya. Hal ini benar-benar praktikal dan berlaku pada anak-anak muda kita dewasa ini. Ada yang lebih dasyat dari itu , sesetengah masyarakat kita menganggap bahawa menutup aurat adalah merupakan salah satu dari budaya masyarakat arab yang di tiru dan di guna pakai oleh masyarakat kita . Jika tanggapan seperti ini timbul dalam jiwa kita maka berhati-hatilah , kerana ini merupakan hukum atau syariat yang telah di tetapkan oleh Allah swt . Barangsiapa yang beranggapan seperti itu maka dia telah terkeluar dari landasan agama ini. Firman Allah swt :

“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (An-Nur: 31)

Wahai insan yang bergelar wanita ! Hiasilah diri mu dengan pakaian Taqwa , wujudkanlah perasaan malu dan segan dalam diri mu itu . Jauhkanlah dengan sejauh-jauhnya diri mu daripada mencari perkara yang tidak halal , keseronokan dunia dan perkara yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada diri mu di akhirat kelak. Firman Allah swt :

“Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling terbaik.” (Al-A’raaf: 26)

Implikasi daripada apa yang saya sebutkan ini , bahawa Muslimah sejati itu bukanlah seorang yang agak menonjol di kalangan masyarakat , bukan juga seorang yang aktif berpesatuan , bukan juga seorang yang paling cantik di kalangan wanita-wanita , tetapi Muslimah yang sejati adalah Muslimah yang mampu menjalankan segala tanggungjwabnya ketika mentaati segala perintah Allah , memenuhi kehendak dan perintah suaminya yang baik dan mentaati kedua ibu bapanya sekaligus menjadi contoh kepada masyarakat . Itulah dia Wanita Utama . Firman Allah swt :

" Sesungguhnya orang yang paling Mulia di sisi Allah adalah orang yang paling Bertaqwa di kalangan kamu "

Wallahu A'lam ..

Friday, April 30, 2010

Hari Esok Untuk Islam


Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam. Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat.

Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran beleluasa, kejahatan menguasai alam. Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas.

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi menjadi pentadbir alam ini. Maka muslimin seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya. Firman Allah Taala." Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang kafir tidak menyukai" (at Taubah: 32)

Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat Islam kini merupakan sikap yang sepatutnya dikikis. Umat Islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh Islam pada suatu hari nanti.

Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.

Begitu juga semasa di dalam peperangan al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali Parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.

Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka.

Fajar menyinsing

Tanda-tanda awal telah kita lihat pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lagi. Kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar di seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mula kembali kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh-musuh Islam telah mula bimbang dan khuatir dengan kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah bahawa

golongan-golongan ini merupakan 'terrorist' dan 'fundamentalist'.

Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan-kerajaan komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amat dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.

Ini merupakan bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna di dalam hati-hati umat Islam. Pemuda-pemuda Islam di seluruh pelosok alam

telah mula melaungkan slogan Islam. Kebangkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad. Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini.

Kekuatan yang dimiliki oleh Muslimin.

Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam. Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan 'Rabbani Taujih' (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini. Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini.

Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia. Kita boleh simpulkan bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh.

Pertama: Kekuatan kuantiti.

Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt "Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi banyak…" (Al A'araf: 86).

Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."

Kedua: Hasil Bumi.

Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin.

Ketiga: Manhaj Rabbani.

Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.

Sikap kita

Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.

Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.

Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.

Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti.

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".

Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Wallahu A'alam.

Sejarah Ringkas RAKIB YAMAN


RABITAH KIBLAH YEMEN (RAKIB YEMEN)

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dirafa’kan kehadrat ilahi atas nikmat iman dan Islam.Semoga kita semua tetap istiqomah di atas Dien ini dan berterusan mendapat pelindungan juga rahmat dari Allah swt.

Rabitah Kiblah Yemen atau RAKIB YEMEN merupakan persatuan yang terbina di bawah naungan satu badan kebajikan iaitu Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN) di Malaysia.Rabitah memberi makna Jalinan atau Ikatan manakala makna Kiblah kembali kepada sesiapa sahaja individu yang pernah bersama dan pernah menimba ilmu di sekolah Kiblah.Disamping itu, kalimah Yemen merupakan satu negeri yang terletak di semenanjung tanah arab dan merupakan salah satu destinasi yang di pilih oleh pihak Sekolah Kiblah sebagai medan untuk mendalami ilmu agama dengan fahaman yang soheh kepada pelajar lepasan Sekolah Kiblah.

Matlamat atau Hadaf utama persatuan ini di tubuhkan adalah bertujuan untuk membina para Da’ie dan Da’ieyah yang bersumberkan fahaman Islam yang sejati sebagaimana yang di salurkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat-sahabatnya ra.

RAKIB YEMEN merupakan satu persatuan yang bertindak menjaga kebajikan dan memelihara sahsiah para pelajar lepasan Sek.Kiblah yang berada di Yaman.Disamping itu ,RAKIB YEMEN juga mengatur beberapa aturcara dan tentatif yang bersesuaian kepada para pelajar sebagai pengisian ilmu dan persediaan awal para pelajar sebelum memasuki ke medan dakwah apabila pulang ke tanahair nanti.Antara aktiviti-aktiviti yang di aturkan,seperti berikut :

Harian :

  • · Solat Berjemaah
  • · Mengikuti Pengajian sepanjang setengah hari di Markaz/Pusat Dakwah.
  • · Mengikuti Halaqoh Quran dan Hafalan Al-Quran.
  • · Kelas Tambahan bagi subjek Nahu dan Sorof.

Mingguan :

  • · Ta’lim Usbuie (Latihan Berpidato dan Berceramah)
  • · Kuliah Subuh.
  • · Ehya’ As-Sunnah (Puasa Isnin dan Khamis).
  • · Gotong-royong.
  • · Riyadhoh.

Bulanan :

  • · Lawatan Sambil Belajar
  • · Musyawarah Ahli Jawatankuasa.

Tahunan :

  • · Program di bulan Ramadhan.
  • · Sambutan Aidilfitri dan Aidil Adha.
  • · Pembaharuan Visa Belajar.

Thursday, April 29, 2010

Mu'jizat Azan

Subhanallah..betapa keajaiban memperlihatkan kekuasaan Allah yang Maha Esa..Begitu sempurna aturan dunia yg telah di tetapkan oleh Nya..Tidakkah kita patut berbangga dan kagum dengan Nya? ataukah kita lebih berbangga dengan ciptaan maknusia yang pasti akan ada kurangnya ?
jangan hanya sekadar melihat , tetapi sambil melihat hayati dan bukalah fikiran seluasnya.

Mengapa Al-Quran Di Bukukan ?

Apabila wafatnya junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. terjadilah suatu peristiwa seorang penipu bernama Musailamah Al-Kazzab menggelar dirinya sebagai nabi. Maka orang yang lemah imannya banyaklah yang kembali murtad.

Apabila keadaan bertambah genting Saiyidina Abu Bakar r.a. telah mengisytiharkan peperang bagi membenteras gejala buruk ini, maka berlakulah satu peperangan yang hebat. Dengan bantuan Allah s.w.t. tentera Islam dapat menewaskan dan membunuh Musailamah. Dalam peperangan ini ramai para hafiz yang terbunuh. Hal ini amat membimbangkan Saiyidina Abu Bakar. Maka beliau memerintahkan Zaid bin Thabith untuk mengumpulkan lembaran ayat-ayat Al-Quran untuk dibukukan. Apabila mendengar perintah itu Zaid berkata: Dengan nama Allah, jika tuan hamba menyuruh hamba mengubah gunung dari satu tempat ke satu tempat yang lain tidaklah ia membebankanku dari mengumpulkan lembaran ayat-ayat Al-Quran. Bagaimanakah sanggup tuan hamba melakukan sesuatu yang baginda sendiri tidak malakukannya?" Saiyidina Abu Bakar r.a. menerangkan bahawa tindakan ini terpaksa dibuat demi menyelamatkan Al-Quran dari terpupus.

Setelah Zaid mendengar penerangan itu, maka ia pun menemui penduduk-penduduk di situ dan mengumpulkan satu demi satu lembaran ayat-ayat Al-Quran dari mereka yang ada menyalinnya. Zaid r.a. juga menemui para hafiz yang menghafalnya dalam hati mereka sehingga dapatlah Zaid mengumpulkan hingga ayat yang terakhir.