PELAWAT KEHORMAT

Thursday, December 30, 2010

Perspektif Islam Terhadap Kuasa Ibu dan Suami

Kuasa Mutlak - hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini iaitu SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak-anak. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai
Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak-anak terhadap ibunya.


Misal untuk si isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat-sifat yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir seterusnya membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat-sifat yang tidak elok itu kedalam zuriatnya.

Misal untuk si anak - anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata-kata atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya.Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul.Kesanya, hidup anak-anak tadi tidak akan mendapat keberkatan seterusnya memangkin kepada susahnya mendapat kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Akhirnya anak itu tadi akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi.

Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Seorang sebab dia TANPA SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak-anaknya.

Cerita tersebut menyuruh kita agar senantiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Separuh lagi adalah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU, kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak-anak kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda-pemuda tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.

Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik.InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.

Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahir kan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukan mempunyai bahkan mesti menggunakan dengan sebaiknya.

No comments:

Post a Comment